Pembaca Warkah Tinta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Instagram

30 June 2014

Minggu Terakhir Sya'aban 1435H

Salam Ramadan 1435H.


Dalam masa dua minggu, antara selepas cuti pertengahan tahun dan sebelum Ramadan, jadual saya begitu padat dengan tugasan di sekolah dan jabatan.

Seminggu pertama, saya menyelesaikan tugasan berkaitan PPT, termasuk merekod, menganalisa, dan segala kerja berkaitan dengannya.

Minggu yang kedua pula, sekolah mengadakan Hari Kantin. Nak kata 'Hari' Kantin pun tak boleh kot, mungkin lebih sesuai dinamakan 'Minggu' Kantin.

۞   ۞   ۞   HARI GURU JAIS SEPANG   ۞   ۞   ۞

Aktiviti: Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat PAID Sepang
Tarikh: 24 Jun 2014 (Selasa)
Tempat: Dewan al-Khawarizmi, SAM Bandar Baru Salak Tinggi

Walaupun lambat, Unit Pendidikan Islam (UPI), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang tetap meneruskan sambutan hari guru buat kami, para pendidik. Lambat pun, lambatlah. Janji sambut.

Macam biasa, kami dijemput untuk menjadi pasukan koir yang akan menyanyikan lagu Asmaul Husna, Negaraku, Negeri Selangor, dan lagu Guru Malaysia. Malangnya, lagu Guru Malaysia takde minus one.

Gambar semua ada kat kamera sekolah. Walaupun aku ni ketua bahagian majalah, tapi aku rasa macam aku tak ada kuasa untuk guna kamera tu. Haish...

Bila dah sampai di SAM Bandar Baru Salak Tinggi, biasanya saya akan ke Bilik UBIK untuk bertemu dengan Cikgu Sharifah Suhaila, guru Bahasa Inggeris, juga kaunselor saya ketika sekolah menengah dahulu.

۞   ۞   ۞   HARI KANTIN   ۞   ۞   ۞

Aktiviti: Sambutan Hari Kantin & Hari Menandatangani Buku Kemajuan
Tempat: SRA Bandar Seri Putra, Bangi

Alhamdulillah, sekolah dengan kerjasama PIBG berjaya mengadakan Hari Kantin pada 29 Jun 2014 (Sabtu). Saya ditugaskan untuk bahagian promosi bersama Ustazah Marliyana, tapi kami macam tak tau nak buat apa sebab semua kerja untuk promosi dah dilaksanakan oleh pihak lain. Dok diam je la.
Bergambar sebelum liga futsal bermula

Sambutan Hari Kantin bermula seawal Selasa lepas (25 Jun 2014). Saya bertanggungjawab menjaga Dewan Tayangan. Rabu dan Khamis saya pasang cerita kartun, Jumaat pula cerita 'fantasi'. Untuk sesi pagi, tayangan diuruskan oleh Ustaz Syafiq. Tak tahulah cerita apa yang dipasang.

Banyak ooo aktiviti yang dijalankan. Selain tayangan yang mendapat kutipan harian yang tertinggi, ada juga liga futsal. Ketua kelas saya menghantar satu pasukan tanpa pengetahuan saya untuk mewakili kelas 5 Ibnu Bathutah.

Seminggu yang penuh dengan kerja dan aktiviti. Akhirnya, bila sampai ke rumah petang Sabtu, tidur dari petang sampai ke malam. Dush...!

۞   ۞   ۞   ۞   ۞

Jom kita layan gambar...

Selepas Sambutan Hari Guru PAID Sepang, saya singgah ke Bilik UBIK.
Diorang ni macam 'tak belajar'. Kata Ammar Faiz; guru sibuk...
Bergambar dengan Cikgu Sharifah Suhaila sebelum bergerak ke sekolah
untuk memulakan tugas.
Hari selepas Sambutan Hari Guru, singgah semula ke SAM Bandar Baru Salak Tinggi,
kebetulan jumpa Solah.
Dewan Tayangan, selepas hari pertama penayangan.
Bergambar bersama Pasukan 5 Ibnu Bathutah FC. Perlawanan pertama berjaya menumpaskan lawan Tahun 6 sebanyak 2-1.
Bergambar sebelum liga futsal bermula.
Shakeel (kiri) dan Firdaus.
Cuba teka, diorang ni adik beradik atau sepupu?
Bergambar dengan pasukan 5 Ibnu Bathutah sebelum diorang dilayak 3-0 dengan pasukan Southern Tiger kot. Adesh...
Aksi kanak-kanak Ribena ketika berada di hadapan lensa.
Lagi gambar Hari Kantin di sini:
Hari Kantin (1)
Hari Kantin (2)

Tinta mencoret: Berprogram habis-habisan sebelum Ramadan berkunjung.

Hulu Kelang, Kuala Lumpur WP

No comments:

Post a Comment